Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah masuk ke kota Mekah pada hari pembebasan (Yaum Al-Fath) Mekah, baginda mengutuskan Khalid bin Walid telah diperintahkan untuk memasuki Mekah melalui dataran rendah untuk bertempur dengan pasukan Quraisy yang menyerangnya serta merampas harta mereka sehingga memperolehi kemenangan. Lalu Allah menghancurkan orang-orang musyrik itu. Rasulullah lantas memerintahkan untuk melucuti persenjataan mereka. Setelah itu baginda memaafkan dan melepaskan mereka kembali.
Oleh sebab kejadian itu, orang Quraisy telah masuk Islam secara beramai-ramai. Maka penurunan ayat di atas adalah berhubung dengan peristiwa ini dan Allah memerintahkan untuk bersyukur kepada Nya di atas kemenangan yang diperolehi serta meminta ampun di atas kesalahan yang telah dilakukan dengan turunnya surah ini.
(Diriwayatkan oleh Abdul Razak di dalam kitab al Mushannafdari Ma'mar dari az Zuhri)
