Friday, November 17, 2017

SEJARAH PENURUNAN SURAH

Seluruh Ulama Tafsir bersepakat bahawa Surah Al-Nasr ini merupakan Surah Madaniyyah walaupun turun di Makkah iaitu pada saat Haji Wada. Dan ini menjadi dalil bahawa Surah Madaniyyah tidak selalu turun di kota Madinah.

Imam Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir Al-Qur'anul Ahzim menurunkan suatu riwayat, tidaklah seorang nabi diberikan umur dakwah separuh dari umur dakwah Nabi sebelumnya. Dakwah nabi isa berumur 40 tahun. Dan Rasulullah mempunyai umur dakwah sekitar 20 tahun.

Surah An-Nasr merupakan tanda-tanda datangnya Rasul. Sehingga Fatimah menangis setelah mendengar khabar ini namun setelah itu tersenyum setelah Nabi memberikan khabar bahawa Fatimah akan segera menyusul Nabi. Sedangkan dari kalangan isteri Nabi yang paling cepat menyusul Nabi adalah Zainab binti Jahsyi kerana seorang dermawan.

Secara keseluruhannya surah ini memberitahu bahawa apabila pertolongan Allah SWT telah tiba dan telah mencapai kemenangan serta manusia beramai-ramai masuk dan memeluk agama Islam maka hilanglah ketakutan dan hendaklah Nabi Nya bertasbih menyucikan Tuhannya dan mensyukuri NYa serta membersihkan jiwanya dari pemikiran-pemikiran yang terjadi pada masa kesulitan. Dengan demikian keluh kesah dan rasa kecewa tidak lagi akan mempengaruhi jiwa orang-orang yang ikhlas selagi mereka memiliki keikhlasan dan berada dalam persesuaian kata dan cinta.

Tuesday, June 20, 2017

ASBABUN NUZUL


Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah masuk ke kota Mekah pada hari pembebasan  (Yaum Al-Fath) Mekah, baginda mengutuskan Khalid bin Walid telah diperintahkan untuk memasuki Mekah melalui dataran rendah untuk bertempur dengan pasukan Quraisy yang menyerangnya serta merampas harta mereka sehingga memperolehi kemenangan. Lalu Allah menghancurkan orang-orang musyrik itu. Rasulullah lantas memerintahkan untuk melucuti persenjataan mereka. Setelah itu baginda memaafkan dan melepaskan mereka kembali.

Oleh sebab kejadian itu, orang Quraisy telah masuk Islam secara beramai-ramai. Maka penurunan ayat di atas adalah berhubung dengan peristiwa ini dan Allah memerintahkan untuk bersyukur kepada Nya di atas kemenangan yang diperolehi serta meminta ampun di atas kesalahan yang telah dilakukan dengan turunnya surah ini.

(Diriwayatkan oleh Abdul Razak di dalam kitab al Mushannafdari Ma'mar dari az Zuhri)